”Kembalikan Pasport , Saya Cuma Nak Temankan Anak Bersa’lin Di Singapura,” – Rosmah Mansor

ISU SEMASA

KUALA LUMPUR: Permohonan Rosmah Mansur untuk pasportnya dikembalikan agar beliau boleh ke Singapura akan ditet’apkan oleh Mahk’amah Tinggi pada Jumaat ini.

Dalam permohonan difailkan semalam, isteri bekas Perdana Menteri Najib Razak yang menghadapi tudu’han rasu’ah berkait projek panel solar sekolah di Sarawak, berkata beliau mahu menemani anaknya Nooryana Najwa yang bakal melahirkan anak kedua tidak lama lagi.

Rosmah berkata, beliau merancang perjalanan dari hujung Oktober hingga awal Disember, dan mengharapkan kerjasama polis serta Jabatan Imigresen.

Nooryana dan suaminya, rakyat Kazakhstan Daniyar Kessikbayev, kini menetap di Singapura.

Dalam permohonan dilihat FMT itu, Rosmah berkata beliau mahu menemani anaknya untuk memberikan sokongan men’tal dan em’osi.

“Nooryana mempunyai seja’rah mengalami komplik’asi ketika bersalin,” katanya.

Ketika dihubungi, peguamnya Akberdin Abdul Kader berkata, pihak pendak’waan telah diserahkan dokumen berkaitan, hari ini.

Pasport Rosmah diserahkan sebagai syarat jaminan selepas beliau didak’wa di mahkamah pada 2019.

Rosmah yang diar’ahkan membela diri akan menyambung keterangannya di mahkamah pada 21 Okt.

Beliau ditu’duh meminta RM187.5 juta daripada kontraktor Saidi Abang Samsudin serta menerima RM6.5 juta daripadanya.

Wang itu didak’wa untuk membantu memastikan syarikat Saidi, Jepak Holdings Sdn Bhd, mendapat projek bernilai RM1.25 bilion itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *