Guru Banyak Berkor’ban, Berbanding Penjawat Awam Yang Lain, Wajar Dibayar Gaji Yang Lebih Tinggi

ISU SEMASA

PETALING JAYA: Tugas guru adalah merupakan satu tugas yang amat berat dalam mendidik dan membimbing pelajar-pelajar serta melahirkan sistem pendidikan yang berkualiti, oleh itu, guru wajar dibayar gaji lebih tinggi kata satu organisasi yang memfokuskan kepimpinan di sekolah-sekolah.

Pengarah Program di Pemimpin GSL, Samuel Isaiah memberitahu satu webinar ramai rakannya yang bertugas sebagai guru terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membeli dakwat mesin pencetak dan kertas bagi menyiapkan modul untuk pelajar mereka ketika pandemik.

Katanya, peluang kenaikan pangkat untuk guru juga lazimnya berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukannya merit mereka dalam melakukan tugasan.

“Sistem Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) mengambil masa terlalu lama, malah 15 hingga 20 tahun sebelum seorang guru dapat menjadi guru besar. Sistem ini boleh diperbaiki,” katanya dalam webinar bertajuk “Teachers: Critical Components in Education” dihoskan BFM radio.

Pemimpin GSL adalah rakan kerja tempatan Global School Leaders (GSL), organisasi bukan berasaskan keuntungan antarabangsa yang menggerakkan pemegang taruh penting supaya melabur serta turut serta dalam latihan kepimpinan di sekolah-sekolah.

Sementara itu, Fiqah Roslan yang mewakili Tiada.Guru, turut mengongsikan kisah guru yang terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membaiki kerosakan infrast’ruktur sekolah termasuk menge’cat bilik darjah atau memperbaiki almari.

Kementerian Pendidikan menerima peruntukan besar daripada bajet kebangsaan setiap tahun “jadi kenapa guru perlu menggunakan wang sendiri untuk membaiki sekolah?” soal beliau.

Menurutnya, audit bebas dan telus terhadap perbelanjaan kementerian berkenaan perlu dilakukan, supaya umum dapat melihat bagaimana wang diperuntukkan dan dibelanjakan.

Katanya, ada juga guru yang begitu lama tidak menghadiri sekolah sehingga menjejaskan pembelajaran pelajar, malah katanya kerajaan tiada prosedur tegas untuk menangani keadaan itu.

“Ada kes melibatkan seorang guru yang tidak menghadiri sekolah selama hampir setahun. Apabila pihak berkuasa mendapat tahu mengenainya, dia sekadar ditukarkan ke sekolah lain.

“Kita telah mengenal pasti masalah itu, namun ia tidak diselesaikan. Ia sekadar dialihkan,” katanya.

Fiqah berkata, prosedur lebih efektif diperlukan untuk menangani isu-isu itu, bagi memastikan masalah tidak terus berulang.

Menjawab soalan Fiqah, Timbalan Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Guru Kebangsaan (NUTP) Vel Mohan Rangasamy berkata, bagi membaiki kerosakan infrastruktur, pentadbiran sekolah boleh membuat permohonan kepada pejabat pendidikan daerah yang akan menyalurkan wang diperlukan.

“Guru yang telah berkhidmat lapan tahun akan dinaikkan pangkat secara automatik ke kategori baharu.

“Mereka yang memohon untuk program NPQEL serta berjaya membuktikan keupayaan mereka juga berpeluang menjadi guru kanan atau guru besar,” tambahnya.

Selain itu, Vel Mohan berkata sukar untuk meme’cat guru kerana perlu mematuhi prosedur serta siasatan menyeluruh bagi sebarang aduan dikemukakan.

“Polisi keluar melibatkan beberapa peringkat kerana kita tidak boleh terus meme’cat atau menghalang seorang guru daripada mengajar.

“Polisi itu memang wujud, namun tidak cukup pantas (dilaksanakan) dan berkesan,” katanya.

sumber: utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *